Tuesday 28 March 2017

👍KEPUPUSAN HAIWAN


KEPUPUSAN HAIWAN bermaksud lenyapnya atau sudah tiada lagi haiwan di bumi ini.Kita hanya mengetahui  kewujudannya melalui penemuan fosil,sejarah dan penyelidikan.





CONTOH HAIWAN PUPUS

1.T-REX menyerupai cicak raksasa yang hidup pada zaman dinosaur.Selain T-REX, hampir semua haiwan zaman dinosaur telah pupus.Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan fauna ini dimana antara faktor kepupusan  binatang prasejarah seperti  DINOSAOUR adalahh disebabkan perubahan cuaca di dunia.

  





















  

 2.BURUNG DODO ialah burung jinak dari kepulauan  Mauritius.Burung ini tidak boleh terbang.Haiwan ini pupus kerana diburu oleh pelayar yang singgah di situ.Manakala telurnya dimakan dimakan oleh tikus dan kucing.
   






  





3.QUQGGA mempunyai badan yang sebahagiannya menyerupai kuda dan sebahagian lagi menyerupai kuda belang.Haiwan ini diburu oleh maknusia untuk mendapatkan kulit dan dagingnya.

                                     


 

4. MOMOT menyerupai seekor gajah yang hidup pada zaman ais.






Image result for Mammoth








 5.Harimau bertaring lengkung  mempunyai taring sepanjang 30  cm.Harimau ini diburu untuk taringnya yang panjang melengkung dan dagingnya.


Image result for harimau bertaring lengkung




 HAIWAN-HAIWAN BERASAL DARI ASIA YANG   TELAH

 PUPUS

6.  IKAN LUMBA-LUMBA SUNGAI CHINA
     Balji,yang diChina dikenali dengan sebutan "Dewi Sungai Chong Jiang" adalah jenis lumba-
     lumba bermata kecil.Lagipun warnanya ialah warna merah jambu.Ikan ini mati akibat akibat
     pencemaran air dan diburu untuk kulitnya.












7.  SINGA LAUT JEPUN

  •  Habitat mereka  dilaut  Jepang ,terutama di wilayah persisir kepulauan Jepang dan    semenanjung  Korea.
  • Hidup dipantai berpasir yang terbuka dan datar tetapi kadang-kadang di daerah berbatu.SingaLaut Jepun jantan berwarna  abu-abu gelap  
  .


Image result for singa laut jepun






8.  Harimau Jawa
  •  Harimau Jawa bertubuh kecil.Beratnya harimau jawa jantan 100-140kg dan yang betina antara 75-115kg.Harimau jawa menghuni hutan-hutan dataran rendah,hutan belukar dan berkeliaran kekebun-kebun.
  • .Harimau Jawa diketahui didapati dipulau Jawa. Harimai ini dinyatakan mati  disekitar tahun 1980an,akibat pemburuan dan perkembangan pertanian yang mengurangi habitat binatang ini.
        
     
    


Image result for harimau jawa




9.  HARIMAU DAHAN TAIWAN
  •      Harimau Dahan atau harimau akar adalah sejenis kucing besar dijumpai di dari kaki bukitHimalaya melalui tanah besar Asia Tenggara hingga ke China.Ancamanya iaiah terutama orang asli akan memburunya untuk mendapatkan kulitnya yang unik     .
    








DIANCAM KEPUPUSAN iaiah organisma yang menghadapi risiko kepupusan sama ada kerana bilangan kecil mahupun kerana diancam oleh parameter-parameter persekitaran yang berubah atau pemangsaan.Kini semakin banyak bilangan spesies haiwan dan tumbuhan  yang semakin berkurangan dari tahun ke tahun.Lama-kelamaan hidupan ini boleh menjadi pupus.Hidupan ini mengalami ancaman kepupusan.



JENIS-JENIS HAIWAN YANG DIANCAM KEPUPUSAN



1.DUGONG
Dugong yang hanya makan rumpai laut di pinggir laut terancam akibat pembangunan di tepi pantai.





2.PENYU
  • Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cengkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan.
  • Penyu di golongkan di dalam haiwan Vertebrata(bertulang belakang).
  • Penyu juga mempunyai kulit bersisik dibahagian tidak bercengkerang,bernafas melalui paru-paru,mempunyai suhu badan yang mengikut persekitaran,bertelur dan merupakan haiwan marin.
  • Semua spesis penyu dan cam bahaya kepupusan  disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka.




  




3.PANDA
  •   Panda semakin terancam kerana habitatnya iaitu hutan buluh yang semakin berkurangan.
  •   Panda adalah seekor mamalia yang biasanya di kasifikasikan ke dalam keluarga beruang.
  •   Faktor panda terancam iaiah kerana habitatnya iaitu hutan buluh yang semakin berkurangan.





4.BADAK SUMBU
  • Badak sumbu tergolong di dalam order perissodactyla dan famili Rhinocerotidea
  • Terdapat dua subfamili badak sumbu iaitu yang mempunyai satu sumbu dan mempunyai dua sumbu.
  • Faktor yang menyebabkan badak sumbu terancam iaiah disebabkan aktiviti manusia yang ingin mendapatkan daging,kulit dan sumbu.






5.TAPIR

  • Nama saintifik iaiah Tapirus Indicus.
  • Tapir juga dikenali sebagai tenuk.
  • Berat badanya mencecah 540 kilogram.
  • Tapir makan rumput,pucuk kayu dan buah -buahan.
  • Tapir dapat hidup 3o tahun.
  • Jumlah tapir hanya tinggal 1500 hingga 2ooo ekor seluruh dunia.
  • Faktor ancaman terhadap tapir iaiah faltor pembalakkan haram.
 .






6.ORANG UTAN
  • Orang utan iailah dua spesis Hominidea yang tinggal di Asia Terenggara  terutama sekali  di Pulau Sumatera dan Borneo.
  • Orang utan iaiah spesies Hominidae (mawas) yang banyak menghabiskan masa diatas pokok.
  • Orang utan boleh hidup selama 30 tahun.
  • Pemburuan haiwan adalah factor orang utan terancam.



 




7.GAJAH

  • Gajah merupakan haiwan daratan terbesar di dunia.
  • Terdapat 3 spesies gajah di dunia iaitu gajah Asia,gajah Sarana Afrika  dan gajah hutan Afrika.
  • Faktor ancamannya iaiah pemburuan secara haram yang berleluasa dihutan -hutan  Malaysia faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. 






8.HARIMAU

  • Harimau (Panthera Tigris) dipanggil juga harimau belang atau pak belang merupakan spesies binatang terbesar dikalangan empat jenis "kucing besar" dalam jenis panthera dan anggota family Falidae.
  •  Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru,terdapat dari kawasan Taiga Siberia,ke padang rumput terbuka,ke paya bakar tropika.
  • Punca utama haiwan terancam iaiah kemusnahan dan fragmentasi habitat dan kegiatan memburu.








9.SPIX'S MACAU

  • Burung ini diburu untuk bulunya yang berwarna biru muda.
  • Bulunya akan dijadikan sebagai perhasan bagi orang-orang pada zaman dahulu.







10. SAND CATS
  • Sand Cats (kucng pasir) merupakan satu-satunya sepsis dari keluarga kucig yang tinggal di padang pasir,terutamanya di kawasan padang pasir di AfrikaUtara,Asia Barat dan Asia Tengah.
  • Sejak 2002 kucig pasir ini talah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (Internation Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasinya yang mendadak.
  • Faktor Sand Cats diancam kepupusan   iaiah   pemburuan haram.








11.MANDARIN DUCK
  • Mandarin Duck yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung merak yang mana hanya yang jantan mempunyai bulu yang colourful manakala si betina hanya berwarna plain.
  • Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan  di Asia Timur.
  • Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk tidak  dimakan kerana rasanya yang kurang sedap. 











TUMBUHAN YANG DIANCAM KEPUPUSAN



1.ANGGERIK MERPATI
  • Pokok anggerik merpati merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di Negara-Negara Asean yang lain.Nama bontaninya ialah DENDROBIUM CRUMENATUM.
  • Anggerik Merpati merupakan antara orkid liar yang mudah dijumpai di Malaysia
  • Ia merupakan sejenis tumbuhan efifit,iaitu pokok penumpang yang tidak akan menyerap makanan daripada pokok yang ditumpangnya kerana ia mampu membuat makanan sendiri.
  • Faktor diancam kepupusan iaiah faktor aktiviti manusia dan persekitaran.







2.PERIUK KERA

  • Periuk Kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup merata di sekitar Malaysia.
  • Pokok periuk kera mempunyai nama sainsnya.Namanya ialah NEPENTHES SPP.
  • Biasanya tumbuh di Tanah berasid,tidak subur,kekurangan nitrogen.
  • Pokok periuk kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukan.
  • Habitatnya kadang kala terdapat di paya gabus,kerangas,batu kapur,hutan dipterocarp bercampur,hutan submontane dan montane,dari paras laut sehingga 2,700meter.
  • Faktor kepupusan periuk kera iaiah aktiviti manusia kerana dikalangan kumpulan orang asli Semalai,satu hidangan istimewa  mereka adalah pulut yang dimasak dalam kantung periuk kera.   









3.RAFFLESIA
  • Bunga  yang terbesar di dunia.
  • Bunga ini dapat tumbuh melebihi 3-4 meter dari permukaan Tanah dengan berat 15kg.
  • Tanaman Rafflesia adalah tanaman parasit yang hidup tanpa akar,daun dan tanpa batang.
  • Ketika bunga Refflesia mekar,bunga dapat mengeluarkan bau yang sangat busuk yang menyegat. 








4.ORKID SELIPAR

  • Nama saintifik orkid selipar iaiah Paphiopedilum Rothschil di anum.
  • Habitatnya iaiah di kaki Gunung Kinabalu,Sabah.
  • Sesuai tumbuh dikawasan Tanah tinggi ,suhu rendah antara 15-25darjah calcius.
  • Faktor orkid selipar diancam kepupusan kerana aktivi manusia dan persekitaran.







5.KACIP FATIMAH
  • Kacip Fatimah iaiah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia.
  • Nama botaninya iaiah Labisia Pumila.
  • Digunakan untukn mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita
  • Kacip Fatimah biasanya didapati dikawasan yang Tanah rendah ,dikawasan berair dan ia boleh dibiak mengunakan biji benih.
  • Apabila kegiatan pembalakkan dijalankan,ia juga memusnahkan spesis tumbuhan kecil yang lain sekitarnya.
.






6.TONGKAT ALI
  • Nama botaninya iaiah Eurycoma Longifolio daripada family simaraubaceae.
  • Sejenis tumbuhan yang mempunyai bahan banyak membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.
  • Tongkat Ali boleh mencapai ketinggian 10 meter











7.CENGGAL
  • Cengal merupakan salah satu jenis kayu terkeras di dunia yang d hasilkan dari pokok cengal.
  • Dikategorikan kayu balak,keras,padat,tahan lama dan berkualiti paling tinggi.
  • Biasa tumbuh di dalam hutan tropika dan dalam hutan khatulistiwa.
  • Pokok kayu cengal yang terbesar terletak di Taman Negara Malaysia. 
  • Faktor pokok cengal diancam kepupusan iaiah pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi.





8.KERUING
  • Nama botaninya iaiah Dipterocerpus Crinitus.
  • Ia merupakan pokok menonjol sehingga ketinggian 60 meter di dalam hutan diptercarp bercampur di Tanah pasir berkapur.
  • Ia adalah kayu sederhana keras. 








9.MERANTI

  • Meranti Paang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di Negara-Negara Asean.
  • Nama botaninya Sharea Bracteolata.
  • Pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi adalah factor pokok meranti diancam kepupusan.









PEMELIHARAN DAN PEMULIHARAAN HAIWAN DAN TUMBUHAN


PEMELIHARAAN bermaksud mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan.

Diantara aktiviti-aktiviti pemeliharaan iaiah:
  • Mendidik masyarakat tentang melindungi haiwan dan tumbuhan daripada ancaman kepupusan.
  • Menganjurkan kempen yang menentang pembalakan dan pemburuan haram.
  • Elakkan membeli produk yang diperbuat daripada bahagian badan spesies haiwan yang terancam.
  • Mewartakan hutan sebagai hutan simpan.
  • Mewartakan spesies haiwan dan tumbuhan sebgai spesies yang dilindungi.
  • Menebang pokok yang terpilih sahaja bagi mengelakkan kepupusan tumbuhan.
  • Menguatkankuasakan undang-undang dan peraturan untuk mereka yang membunuh,memburu dan menyeludup spesies haiwan terancam.
  • Kawasan paya bakau diwartakan sebagai tapak Ramsar untuk melindungi flora dan fauna di kawasan  paya bakau.
  • Taman laut digazetkan untuk melindungi habitat haiwan dan tumbuhan di dasar laut.
  • Pusat rehabilit orang utan diwujudkan bagi memulihara orang utan.Pusat rehabilitasi ini merupakan contoh pemuliharaan.













BERSAMALAH KITA MENJAGA KEINDAHAN ALAM FLORA DAN FAUNA UNTUK GENERASI AKAN DATANG DAPAT MENGENAL KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI DAN HIDUPAN DI ALAM INI.











SH.AIDA BATRISYIA BINTI  SYED ABDUL RAHMAN
6 BUKHARI
SAINS TAHUN 6
SEKOAH RENDAH AL IRSYAD BALOK
MUALIMMAH ZALINA